Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 0449IMG 0462IMG 0471IMG 0478IMG 0596IMG 0633IMG 0649IMG 0744

 

SUBANG, 15 Ogos 18 - Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato' Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM bersama pegawai-pegawai pengurusan tertinggi materiel telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke MATRA 2.

Lawatan kerja ini merupakan aktiviti tahunan untuk memantau serta menilai tahap kesiapsiagaan unit Materiel dalam memenuhi keperluan operasi TUDM.

Dato' AKS Materiel juga berkesempatan mengadakan sesi perjumpaan bersama semua pegawai dan anggota MATRA 2 dan seterusnya beliau menyampaikan amanat dan peringatan kepada semua agar tulus, ikhlas serta amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan kerana Cawang Materiel merupakan cawang yang diberikan tanggungjawab dalam mentadbir urus aset kerajaan.