Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0000DSC 0001DSC 0002DSC 0005DSC 0007DSC 0008DSC 0011DSC 0012DSC 0026DSC 0027DSC 0029DSC 0030DSC 0032DSC 0033DSC 6675DSC 6712DSC 6759DSC 6818

 

GONG KEDAK, 18 Ogos 18 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Gong Kedak Cycling Club (GKCC) telah menganjurkan Jambori Basikal RMAF GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018. Pelepasan Peserta Mountain Bike Challenge 2018telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM.

Peserta Jambori Basikal RMAF GKCC 3.0 Bukit Puteri MTB Challenge 2018 melibatkan 1244 pelumba yang terdiri daripada anggota TUDM dari semua pangkalan dan juga orang awam yang terdiri dari 167 kelab basikal seluruh Malaysia. Perlumbaan perlumbaan adalah sejauh 45 km yang merangkumi kawasan dalam pangkalan, laluan forest trail sejauh 23 km dan jalan raya sejauh 22 km biasa serta kayuhan pendakian Bukit Puteri. Sebanyak 10 kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki Elit, Lelaki Terbuka, Lelaki Master, Lelaki Vateran, Lelaki Otai, Junior, Heavy Weight, Fat Bike, wanita dan yang terakhir adalah kategori tertutup TUDM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari kedua penganjuran ini bersempena Hari Ulang Tahun TUDM ke-60. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah booth pameran yang di buka oleh Skuadron dan Cawang, Pertunjukan Payung Terjun Freefall yang dipersembahkan oleh anggota PASKAU yang didatangkan khas dari Markas Rejimen TUDM, Demostrasi Pemadaman Api dan statik display kereta bomba oleh Bomba Pangkalan. Selain itu juga, majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pesawat EC 725 dari No 10 Skn untuk membawa penerjun  payung Freefall.¬¬¬

Pada sebelah petang aktiviti diteruskan dengan pertunjukan payung terjun freefall, demonstrasi pemadaman api dan latihan terbang lintas oleh pesawat Su-30MKM dari No 11 Skuadron. Jumlah pengunjung pada hari kedua telah melebihi dari hari pertama iaitu melebihi 5 ribu pengunjung. Penganjuran pada hari ini dilewatkan kerana terdapat pengunjung yang masih tidak berganjak dan masih hadir disaat-saat akhir untuk tidak melepaskan peluang untuk melihat booth pameran yang di buka oleh Skuadron dan Cawang. Pameran berakhir pada jam 1900H.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Warga Pangkalan yang bertukus lumus dalam menjayakan RMAF GKCC Bukit Puteri Challenge 2018 termasuk dari No 20 Skuadron, No 10 Skuadron dan Team PASKAU dalam menjayakan program ini.