Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

11

 

SHAH ALAM, 16 Ogos 18 – Bengkel Pembangunan National Occupational Skill Standard (NOSS) Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM Siri 3/18 dan 4/18 anjuran MTU BSM – Sel Penyelidikan telah diadakan pada 13 hingga 16 Ogos 18 bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 58 pegawai selaku panel pembangun yang dilantik dari pelbagai peringkat pengurusan menyertai bengkel tersebut bagi membangunkan 12 teras bidang NOSS-TUDM merangkumi 5 Cawang iaitu Penerbangan, Kejuruteraan, Sistem Darat, Materiel dan Tadbir. Turut serta adalah 2 wakil daripada Unit Perundingan Bahagian NOSS, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia iaitu Ketua Penolong Pengarah, Pn Siti Hasmah binti Mustapha dan Penolong Pengarah, En Jeffrizain bin Abdul Rasid.

Tujuan bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk membangunkan dokumen-dokumen tertentu selari dengan keperluan pembangunan NOSS-TUDM sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (JPK KSM). Ianya merupakan salah satu inisiatif mendokong hasrat pucuk pimpinan agar kemahiran setiap anggota TUDM diiktiraf di peringkat Kebangsaan, khususnya dan Antarabangsa, amnya.