Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 7024DSC 7181DSC 7198DSC 7262DSC 7268DSC 7278DSC 7310DSC 7311DSC 7332

 

GONG KEDAK, 23 Ogos 18 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Program Ibadah Korban dan Aqiqah bagi tahun 2018M/1439H pada hari raya ke-2 Aidiladha yang telah diadakan di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan Udara Gong Kedak.

Acara dimulakan dengan ketibaan Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM dan Ketua Cawang Kejuruteraan , Lt Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM selaku Yang Di Pertua Masjid Ar-Raudhan Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut hadir pada program tersebut Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Pangkalan serta penduduk kampung sekitar kawasan pangkalan bagi memeriahkan program ini.

Penyembelihan lembu korban dan Aqiqah dilakukan oleh Pegawai Agama Pangkalan, Mej Anuar bin Mat Zain dan Mej (B) Fadzli bin Sabrin serta Staf Agama Pangkalan. Sebanyak empat ekor lembu telah ditumbangkan pada program ini. Pengagihan daging korban kepada anggota dan penduduk kampung telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan pada akhir Program ini dijalankan.