Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

111 111 111

111

111  111   

1

 

SHAH ALAM, 31 Ogos 18 - Lebih 20,000 rakyat Selangor telah hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pada jam 9 malam 30 Ogos 2018.

Majlis sambutan  yang bertemakan Sayangi Malaysiaku itu dihadiri oleh Menteri Besar Selangor,YB Amirudin Shari, Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan kerajaan negeri Selangor serta Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi.

Pelbagai acara menarik telah dijalankan seperti perbarisan dan perarakan kontijen yang terdiri daripada 62 buah agensi/jabatan kerajaan negeri dan persekutuan, persembahan kesenian dan kebudayaan, nyanyian artis terkenal seperti Hael Hussaini dan Erni Zakaria, dan persembahan oleh Angkatan Tentera Malaysia seperti persembahan kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),Pertunjukan Army Red Warrior serta Tarian Perang oleh 4RAMD. Sambutan juga diteruskan lagi dengan bacaan ikrar serta pertunjukan bunga api.

Pangkalan Udara Subang juga tidak ketinggalan dalam menyertai perbarisan dan perarakan yang dianggotai oleh seorang pegawai dan 39 orang anggota lain-lain pangkat. 

Sebanyak tujuh kategori kontinjen telah dipertandingkan bagi acara perbarisan serta perarakan kontinjen iaitu kategori Jabatan Kerajaan, Pejabat Daerah dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun, Swasta/GLC/NGO, Pasukan Pancaragam Sekolah serta Jabatan Kerajaan Beruniform.

Majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor kali ini turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi lain antaranya PDRM, PBT, Tourism Selangor, Jabatan Pendidikan Selangor, JAIS serta JKR.