Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1  1

1

 

SUBANG, 14 Sep 18 - Majlis Bacaan Yassin, Tahlil & Doa Selamat bagi anak-anak yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018 telah diadakan di Rumah BAKAT, PU Subang.

Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, YBhg Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi, Mantan Pengerusi BAKAT Pangkalan YBhg Datin Hjh Siti Azanah binti Mohd Diah, barisan AJK dan AJKK dan juga ahli-ahli BAKAT yang lain. Majlis ini telah dipimpin oleh Guru Agama Pangkalan, PW II Ustazah Sharifah.

Majlis ini telah dianjurkan bagi mendoakan kejayaan dan kelancaran anak-anak yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini disamping dapat merapatkan ukhwah sesama ahli BAKAT.