Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

b77d96ee d38a 4aa0 a686 ebbaf14acffb

 

KUALA LUMPUR, 15 Sep 18 – Badan Kebajikan Keluarga Tentera Udara Operasi & Bantuan telah mengadakan Majlis Hi-Tea bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Majlis tersebut dianjurkan dengan tujuan sebagai sebahagian aktiviti suai kenal dikalangan Ahli Jawatankuasa BOB bagi sesi 2018/2019. Secara tidak langsung semua AJK dapat memgenali di antara satu dengan yang lain dan mengeratkan lagi siratulrahim.

Pengerusi BOB iaitu Pn Hajjah Salamiah binti Ismail dalam ucapan ringkas beliau menyeru semua AJK dapat berkerjasama sebagai satu pasukan dan melaksanakan setiap aktiviti yang dirancangkan dengan berkesan serta mencapai objektif pelaksanaan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai BAKAT Udara daripada MPOU dan MPBU serta pegawai-pegawai BAKAT Udara dari unit naungan kedua-dua markas tersebut.