Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456

 

SUBANG, 19 Sep 18 - Satu Majlis pemakaian pangkat bagi pegawai dan anggota No 22 Skn telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah No 22 skn, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM. Seramai 25 anggota dari pelbagai ketukangan dinaikkan pangkat. Dalam ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan berharap agar kenaikkan pangkat tersebut memberi motivasi kepada mereka agar lebih bersemangat untuk berkhidmat di dalam TUDM.
Beliau juga mengucapkan tahniah di atas kejayaan skn dalam melaksanakan tugas operasi mahupun latihan serta berharap agar warga No 22 Skn sentiasa melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan berhati-hati dan menitikberatkan keselamatan agar tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Diakhir ucapan, beliau berharap warga skn dapat mengekalkan momentum agar skn sentiasa berada di tahap yang siaga. Sebelum mengakhiri majlis tersebut, beliau sempat memberi sumbangan kepada 2 anggota No 22 skn.