BUTTERWORTH, 19 Sept 18 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan anggota Pangkalan Udara Butterworth telah diadakan di Dewan Peperiksaan Pangkalan Udara Buttenworth. Seramai 7 orang pegawai dan anggota telah dinaikkan ke pangkat masing-masing. Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Kol Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM dan isteri masing-masing.
Upacara itu telah disaksikan oleh semua pemimpin-pemimpin Skuadron, ketua-ketua cawang dan pegawai-pegawai yang menghadiri taklimat pagi di Bilik Mesyuarat Pangkalan. Selesai upacara, semua yang hadir disajikan dengan sarapan pagi yang telah disediakan di Dewan Peperiksa Pangkalan Udara Buttenworth.