Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1225IMG 20180921 WA0016IMG 20180921 WA0021IMG 20180921 WA0022IMG 20180921 WA0024

 

GONG KEDAK, 21 Sep 18 - Biro Kesihatan Rohani & Jasmani BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup Wanita yang diadakan di Coral Crown Bowl, PB Sentral Kuala Terengganu.

Pertandingan bowling yang berlangsung dari jam 10.00 pagi yang disertai oleh 38 orang peserta yang terdiri ahli BAKAT Pangkalan Udara Gong Kedak. Pertandingan telah dirasmikan oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan, Datin Noor Suriati bin Mohd Suri.

Objektif aktiviti ini adalah bagi mengeratkan kerjasama kaum wanita PU Gong Kedak yang terdiri dari ahli BAKAT, Pegawai dan Anggota Wanita. Program seperti ini juga bertujuan menggalakkan peserta terlibat dalam aktiviti sukan dan rekreasi bagi menjaga kesihatan mental dan fizikal.