Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 23 

4 57

SUBANG, 28 Sep 18 – Satu aktiviti gotong-royong dan happy hour telah dilaksanakan di No 22 Skuadron. Akitiviti tersebut telah bermula pada awal pagi di mana warga No 22 Skuadron melaksanakan pembersihan di sekitar kawasan Skuadron.

Setelah selesai segala kerja-kerja pembersihan, warga No 22 Skuadron telah mengadakan aktiviti happy hour yang diadakan dibahagian petang. Aktiviti sebegini adalah bertujuan bagi mengimbangi waktu kerja dan waktu riadah disamping merapatkan hubungan sesama anggota selari dengan Nilai Teras TUDM yang ke 4 iaitu Esprit de corp.

Turut hadir pada happy hour tersebut adalah ahli keluarga No 22 skn, pihak ADS serta lain-lain flait sokongan yang berada di bawah No 22 Skuadron. Pegawai Memerintah No 22 Skuadron, Lt Kol Baharin bin Mohamad TUDM mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga No 22 Skn serta keluarga yang hadir kerana dapat meluangkan masa dan menjayakan aktiviti seperti ini walaupun sibuk dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang hakiki.