Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1615DSC 1643DSC 1672DSC 1682DSC 1704DSC 1707DSC 1737DSC 1745DSC 1782

 

GONG KEDAK, 29 Sep 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak bersama Kelab Mahasiswa Pemadam Universiti Malaysia Terangganu telah menganjurkan Program bersama Sahabat PEMADAM UMT yang telah diadakan di Dewan K-Force Pangkalan Udara Gong Kedak.

Program ini disertai 50 pelajar terdiri daripada anak-anak pegawai dan anggota pangkalan yang terpilih. Sasaran program ini adalah melibatkan remaja yang terdiri dari tingkatan 1, 2 dan 4 yang berobjektifkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat dan mencegah pelajar daripada terlibat dengan dadah.
Program penutup dan penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hussain TUDM. Turut hadir dalam acara ini adalah Pegawai Program Sahabat PEMADAM, En Burhanuddin bin Desa, Pegawai Psikologi UMT Kelab Mahasiswa PEMADAM UMT, En Zulkifli bin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, En Mohamad bin Ibrahim, Pegawai-pegawai Kanan PU Gong Kedak dan guru-guru sekolah pelajar yang terlibat.