Kemaskini Terakhir: Rabu,17 Okt 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0036DSC 0062DSC 0068DSC 0078DSC 0085

 

SUBANG, 9 Okt 18 – Majlis Pembukaan RMAF Fire Fighter Challenge 2018 (RMAF FFC) telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM. Pembukaan RMAF FFC ini telah berlangsung di Mini Stadium Pangkalan yang disertai oleh 12 pasukan dari seluruh TUDM.

RMAF FFC ini merupakan sebahagian dari program TCI dan merupakan acara dwi tahunan bagi menguji kemahiran dan kesiagaan anggota bomba TUDM dengan menambah konsep latihan serta cabaran berbentuk pertandingan.

Pertandingan ini berlangsung selama 3 hari mulai 8 hingga 12 Okt 18 yang dikendalikan oleh MPOU-A5 (Bomba) dan dilaksanakan dalam tiga acara iaitu ‘Fire Fighter Skill’, ‘Fire Quiz’ dan ‘Fire Fighter Endurance’.

Turut hadir Pengerusi RMAF FFC 2018, Lt Kol Muhamd Nasir bin Muhamad TUDM dan pegawai kanan dari PU Subang.