Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 9087IMG 9100IMG 9102

 

LABUAN, 11 Okt 18 - Pangkalan Udara Labuan telah menganjurkan Ceramah Motivasi Keluarga dengan topik Semanis Cinta bertempat di Dewan Banquet Wisma Perwira, Pangkalan Udara Labuan. Program yang dianjurkan bersama Pejabat Agama Pangkalan dan PPZ-MAIWP itu telah dihadiri seramai 200 anggota Pangkalan. Turut hadir Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Sardon bin Hassan TUDM dan isteri Datin Hajah Hasnah binti Andik. Program ini juga turut dihadiri Pengerusi PPZ- MAIWP, Datuk Che Mat bin Che Ali serta rombongan dari PPZ- MAIWP.

Ceramah tersebut telah dikupas dengan baik oleh Penceramah Jemputan iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Al Joofre dan dikendalikan oleh selebriti Man Raja Lawak sebagai moderator.