Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

SUBANG, 11 Okt 18 – Kolej Tentera Udara telah dinobatkan sebagai Johan buat kali ke 2 apabila berjaya mengalahkan 11 pasukan yang lain di dalam RMAF Fire Fighter Challenge 2018 yang telah melabuhkan tirainya di Stadium Mini Pangkalan Udara Subang hari ini.

Naib juara pula disandang oleh PU Subang manakala tempat ke tiga disandang oleh PU Kuantan. RMAF FFC 2018 ini telah disertai oleh 12 pasukan daripada seluruh TUDM. Pertandingan ini merupakan sebahagian dari program TCI dan merupakan acara dwi tahunan bagi menguji kemahiran dan kesiagaan anggota bomba TUDM dengan menambah konsep latihan serta cabaran berbentuk pertandingan.

Pertandingan yang dijalankan dalam tiga acara iaitu Fire Fighter Skill, Fire Quiz dan Fire Fighter Endurance telah dikendalikan oleh MPOU-A5 (Bomba) dimana diadakan selama 3 hari mulai 8 Okt hingga 12 Okt 18.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 1, YBhg Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM dengan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan. Turut hadir adalah YBhg Brig Jen Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM, Komander Pangkalan Udara Butterworth.