Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 1 1

1

KUCHING, 18 Okt 18 – Airport Aerodrome Emergency Exercise yang dianjurkan oleh Malaysia Airport Berhad telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Latihan ini adalah bertujuan sebagai persediaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku kecemasan di lapangan terbang tersebut. Latihan telah dikoordinasikan oleh Malaysia Airport Berhad melibatkan beberapa agensi awam. Pegawai Keselamatan Pangkalan Mej Nursyahirah binti Mamat TUDM, Pegawai Perubatan Kapt Dr Huda binti Basuri serta 9 orang anggota bomba TUDM dan 3 orang anggota PPAT PU Kuching telah terlibat secara langsung dalam menjayakan latihan tersebut. Kerjasama seperti ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi keselamatan di Lapangan Antarabangsa Kuching.