Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181028 WA0010IMG 20181028 WA0014IMG 20181028 WA0021

GUNUNG NGILI, 28 Okt 18 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah melakukan lawatan kerja ke Kompleks Radar Gunung Ngili, Simunjan, Sarawak.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat perkembangan terkini pelaksanaan perpindahan radio daripada Kompleks SOC 3, Kota Samarahan ke Kompleks Radar Gunung Ngili.

Beliau telah diiringi oleh Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Kol Hj. Mohd Nor Rasid bin Hj. Samingon TUDM, Pegawai Memerintah Skn 330, Lt Kol Roslee bin Shukor TUDM, pegawai-pegawai dan anggota Skn 330. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah wakil dari Zetro Services Sdn Bhd.