Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

APC 1apc 4apc5

SUBANG, 25 Okt 2018 – Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan taklimat arahan pelaksanaan pecahan kuota 8% yang lebih sistematik bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU) PU Subang.

Taklimat ini telah diadakan bagi memberi penerangan secara terperinci tentang arahan pelaksanaan yang telah dikeluarkan 9 Okt 18. Taklimat tersebut disampaikan oleh PS 1 Penyelidikan, Lt Kol Asroha Bt Haron TUDM yang merangkumi dua bahagian iaitu Penambahbaikan Proses Pemberian APC dan juga Arahan Pelaksanaan Pecahan Kuota 8% Yang Lebih Sistematik. Arahan pelaksanaan ini dapat memastikan bahawa semua pegawai dan anggota LLP TUDM berpeluang untuk dipilih sebagai pencalonan APC tidak kira sama ada mereka berada di dalam atau luar TUDM di samping kuasa pemilihan pencalonan APC diberikan kepada Pangkalan/Markas melalui Lembaga Kecil APC.

Pengarah Penyelidikan Sumber Manusia, Kol Hjh Fadzillah bt Hj Abdullah TUDM mengucapkan ribuan terima kasih pada semua hadirin yang terdiri dari Komander Pangkalan, Pengarah Bahagian Markas, Pegawai Laksana Pangkalan serta Pegawai-Memerintah Unit termasuk PS 1 MTU-Istiadat dan PS 2 Rekod & Dokumentasi (MTU-BSM). Beliau yakin objektif sebenar penghargaan melalui APC iaitu menaikkan moral anggota untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan menjadi contoh kepada rakan sekerja yang lain, mampu dicapai dan direalisasikan sekiranya proses pemilihan pencalonan dilaksanakan secara teratur, adil dan saksama.