Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181022 WA0000IMG 20181022 WA0001IMG 20181022 WA0003IMG 20181022 WA0004IMG 20181022 WA0005IMG 20181022 WA0006

BUTTERWORTH, 22 Okt 18 – Delegasi NZDF Command and Staff College Study terdiri daripada 57 orang pegawai dan anggota yang diketuai oleh Cdre Mat Williams, Timbalan Panglima RNZN telah tiba di Pangkalan Udara Butterwoth pada jam 9.00 pagi. Ketibaan delegasi disambut oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM serta pegawai dan anggota. Lawatan bermula dengan kawalan suku bertempat di pintu masuk PU Butterworth dan diikuti kunjungan hormat kepada Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Amer Mahmud bin Abdul Rahman TUDM.

Para delegasi kemudiannya diberi taklimat oleh Komander Pangkalan dan wakil Headquarters Integrated Area Defence System (HQIADS) bertempat di Auditorium No 18 Skuadron. Setelah itu, mereka dibawa menyaksikan pameran statik pesawat F/A-18D Hornet, BAE Hawk dan Sikorsky S-61A-4 Nuri di hadapan hangar No 18 Skuadron serta ke HQIADS sebelum mengakhiri program lawatan.