Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0240DSC 0360DSC 0426

 

SUBANG, 20 Okt 18 - Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah melaksanakan Karnival Sukan INSTAR Penggal Ke-2 tahun 2018 bertempat di Mini Stadium, Pangkalan Udara Subang.
Program ini merupakan salah satu tugasan berkumpulan yang bertujuan memberi pendedahan latihan dan kemahiran dalam menganjurkan karnival sukan di peringkat pangkalan amnya dan TUDM khasnya selepas tamat berkursus di INSTAR.
Program ini melibatkan jurulatih dan keluarga seramai 84 orang dan 322 orang pelatih yang sedang berkursus di INSTAR. Karnival sukan ini telah dirasmikan dengan penuh gemilang oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM.