Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0049DSC 0059DSC 0064

 

KUALA LUMPUR, 22 Okt 18 - Lawatan Pengurusan Tertinggi Cawang Materiel telah diadakan di Cawang Materiel Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pengarah Materiel, Kol Mohamad Shuairi bin Abdullah TUDM. Turut mengiringi beliau adalah PS 1 Pembaikan, Lt Kol Mohamed Ali Abbas @ Mohd Yasin TUDM, PS 1 Komlek, Lt Kol Amran bin Hassan TUDM, PS 2 Kas, Mej Hail Amir bin Ramli TUDM, PS 2 Belanjawan, Mej Shiddatul Hidayah binti Zakaria TUDM, PS 2 Sismat, Mej Suhailiza binti Sumair TUDM serta PW Sismat, PW U II Shamsul Anuar bin Zainol.


Dalam rangka kerja tersebut, Pengarah Materiel telah membuat lawatan ke setiap stor di dalam Cawang Materiel dan meninjau perkembangan Tim Verifikasi Perakaunan.
Terdahulu, Pengarah Materiel telah menandatangani buku lawatan dan kunjungan hormat bersama Komander Pangkalan, Kol Mohd Noh bin Daim TUDM. Pengarah Materiel juga telah mengambil tabik hormat di perkarangan Cawang Materiel.


Pengarah materiel turut mengadakan ucapan dan sesi dialog bersama anggota Cawang Materiel untuk menerangkan tujuan lawatan disamping mendengar dan membincangkan isu-isu yang diketengahkan oleh warga Cawang Materiel.