Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0003DSC 0004IMG 20181024 091025 1

 

KUALA LUMPUR, 24 Okt 18 - Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah menerima Lawatan Audit Perjawatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha BPSM, Pn Marianne Jacinta Augustine. Lawatan Audit Perjawatan ini juga diiringi oleh beberapa Pegawai dari MTU-JAWAT yang diketuai oleh PS1 MTU-JAWAT, Lt Kol Md Zakaria bin Basir TUDM.


Lawatan ini telah dijalankan selama sehari dan telah dimulakan dengan menandatangani buku lawatan di Foyer Markas Pangkalan sambil disaksikan Komander Pangkalan, Kol Mohd Noh bin Daim TUDM. Seterusnya, tim audit perjawatan telah diberi taklimat tentang perjawatan terkini tentera dan awam yang diisi dalam Pangkalan Udara Kuala Lumpur oleh Mej Mohd Helmy bin Mezlan TUDM di bilik mesyuarat pangkalan.


Tim audit perjawatan telah dibawa untuk melawat Pejabat Tadbir Awam dan Stesyen Ibusawat PU Kuala Lumpur. Akhir sekali, lawatan audit perjawatan ini diakhiri dengan makan tengah hari bersama Komander Pangkalan dan pegawai-pegawai PU Kuala LUmpur di Wisma Pegawai PU Kuala Lumpur.