Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 10 30 at 17.38.47WhatsApp Image 2018 10 30 at 17.39.07 1WhatsApp Image 2018 10 30 at 17.39.10WhatsApp Image 2018 10 30 at 17.39.12

 

KUALA LUMPUR, 26 Okt 18 – Persatuan BAKAT Udara Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah mengadakan Program Jiwa Murni ke Pertubuhan Kebajikan Arrahmaniah bertempat di Rasa, Selangor Darul Ehsan.

Program ini bertujuan untuk membantu serta mendekati golongan anak-anak yatim dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus berjaya. Antara aktiviti yang dijalankan bersama adalah solat hajat serta bacaan yasin, jamuan makan tengahari, pertandingan kuiz agama, permainan ringkas dan lain-lain lagi.

Program ini diakhiri dengan ucapan daripada Pengerusi BAKAT Udara PU Kuala Lumpur, Pn Zaharah bt Buhari dan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan serta dana kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajika Arrahmaniah, Hjh Fauziah bt Nordin. Sumbangan-sumbangan tersebut dikumpulkan oleh warga PU Kuala Lumpur serta beberapa penderma dari luar.