Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1

KUALA LUMPUR, 31 Okt 18. Cawangan Perkhidmatan – Seksyen Agama telah menganjurkan Program Daie Askari (Pendakwah Tentera) Siri 2/2018 di Hotel Putra, Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 30 pegawai dan anggota KAGAT dari seluruh Pangkalan TUDM.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Okt 18 bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota KAGAT TUDM tentang aspek-aspek serta ciri-ciri pendakwah agar dapat dihayati serta dipraktikkan di Pangkalan-pangkalan.

Majlis penutup Program Daie Askari (Pendakwah Tentera) KAGAT TUDM Siri 2/2018 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato’ Ahmad bin Abd Rahman TUDM hari ini.