Kemaskini Terakhir: Selasa,13 Nov 2018
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3141DSC 3153DSC 3154DSC 3157DSC 3166

 

GONG KEDAK, 7 Nov 18 - Perbarisan Bulanan Ketua Cawang Kejuruteraan telah diadakan di Pusat Servis Teknikal Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan terdiri daripada 1 pegawai dan 70 anggota lain-lain pangkat yang diketuai Mej Ahmad Zahri Muda bin Ahmad Zahri TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U I Sarith Sofia binti Che Rajiuon.

Dalam majlis tersebut Ketua Cawang Kejuruteraan, Lt Kol Nor Mizan bin Md Nor TUDM juga telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada 11 anggota lain-lain pangkat. Ketua Cawang Kejuruteraan mengucapkan tahniah kepada anggota yang baru dinaikkan pangkat semoga dengan kenaikkan pangkat pada tahun ini akan memberi semangat kepada anggota untuk terus meningkatkan prestasi kerja serta berusaha gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.