Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8192DSC 8193DSC 8232DSC 8299DSC 8487DSC 8548DSC 8719

GONG KEDAK, 8 Nov 18 – TABIKA Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Pangkalan telah mengadakan Hari Sukaneka TABIKA tahun 2018 bertempat di Dewan Serbaguna Pangkalan. Seramai 114 kanak-kanak tabika telah menyertai sukaneka bagi 10 acara yang dipertandingkan dan 5 acara sukaneka bagi kategori dewasa/ibubapa. Disamping itu juga, sebanyak 60 cabutan bertuah disediakan yang merupakan hamper dan barangan dapur.

Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM telah hadir menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Hadir sama wakil Pengerusi Tabika Pangkalan, Mej Noor Hafiz bin Mat Said TUDM dan Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Nazira binti Abdullah serta Ibubapa.