Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181109 WA0005IMG 20181109 WA0008IMG 20181109 WA0009IMG 20181109 WA0021IMG 20181112 222456

 

KUALA LUMPUR, 9 Nov 18 – Pameran Statik Aset Ketenteraan dan Persembahan Pancaragam Sempena Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri telah diadakan di Sekolah Kementah, Kuala Lumpur yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan Markas ATM. TUDM telah diwakili oleh Sel Kerjaya & Pengambilan-Bahagian Sumber Manusia serta di bantu dengan penyertaan Tim Muzium dan Pancaragam. Tema Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri pada tahun ini adalah Flora dan Fauna dimana pameran tersebut telah menerima penyertaan yang menggalakkan daripada pelajar, ibu bapa dan guru-guru sekolah berkenaan serta beberapa penyertaan daripada sekolah menengah sekitar zon Keramat. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Memerintah Kem Kementah, Lt Kol Anuar Alsidqi bin Hj Ariffin TUDM.