Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0079DSC 0083DSC 0090DSC 0281DSC 0282

 

 

SUBANG, 14 Nov 18 - Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KPP) Kelas I Siri 68/18 telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM bertempat di Dewan Pahlawan INSTAR. Majlis turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM, pegawai dan jurulatih INSTAR.

Seramai 40 orang pelatih daripada Tred Pembantu Pentadbiran telah berjaya menamatkan kursus tersebut yang bermula pada 16 Jul 18 dan tamat pada 16 Nov 18. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan anggota Tred Pembantu Pentadbiran yang berilmu, berupaya menjalankan tugas dengan lebih cekap dan sempurna sesuai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Selain itu, kursus ini juga menjadi pra syarat untuk dinaikkan pangkat ke pangkat Laskar Udara Kanan.

Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh LU I Muhammad Hanafi bin Mohamad Daud, manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik telah disandang oleh LU I (W) Nor Azwani bt Anuar Esook.