Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0775DSC 0802DSC 0809DSC 0818DSC 0830DSC 0837DSC 0852DSC 0871DSC 0898DSC 0903DSC 0905DSC 0907

SUBANG, 15 Nov 18 – Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Program Derma Darah Anjuran COSWAY, Pusat Darah Negara bertempat di Dewan Ababil PU Subang. Program yang julung-julung kalinya diadakan ini telah dihadiri oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM, pegawai-pegawai, anggota lain-lain pangkat serta keluarga. Turut hadir ialah Pengerusi BAKAT Pangkalan, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi dan ahli BAKAT pangkalan.

Program telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif COSWAY & Founder, Dr Alice Lee, ucapan oleh Wakil Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr.Thane Moze Darumalingam serta ucapan oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM.

Antara tarikan yang terdapat dalam program ini adalah cabutan bertuah sebanyak 80 hadiah yang telah disediakan bermula dari hamper sehingga sebuah motosikal, pertandingan melukis bagi kanak-kanak berumur 10-12 tahun, pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 7-9 tahun dengan hadiah berjumlah RM500 tunai dan beberapa gerai jualan dan pameran di luar dewan.

Selain itu, pelbagai acara permainan dan hiburan yang telah dipersembahkan diantaranya adalah permainan "Wheel of Fortune", persembahan Live Band BTSC dan Drum Line TUDM. Pihak COSWAY SDN BHD juga telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma serta sumbangan kepada anak-anak warga pangkalan yang kurang upaya yang telah disampaikan oleh Pengerusi BAKAT Pangkalan dan Ketua Pegawai Eksekutif COSWAY.

Program ini telah mencapai objektifnya yang asal iaitu menderma darah kepada yang memerlukan dengan motto “BE A HERO, GIVE BLOOD SAVE LIVES” apabila telah menerima seramai 430 orang penderma pada kali ini.

Program usahasama ini diharap dapat dijadikan sebagai titik permulaan kepada jalinan erat kerjasama korporat antara TUDM dan juga COSWAY SDN BHD pada masa hadapan selain program murni seumpama ini dilihat dapat memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan jalinan hubungan silaturahim diantara warga pangkalan dan memberi manfaat kepada warga pangkalan termasuk ahli BAKAT disamping manyahut seruan kerajaan bagi menampung keperluan 2000 pek darah sehari di seluruh negara termasuk di sekitar Lembah Klang yang memerlukan lebih kurang 500 pek darah sehari.