Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

3397763c 935d 4e83 9d4b b5b5299625ebb5e438f8 59da 4b44 9b3a c1a9232772ec297782ae 808b 4e37 aaa4 b8a72ac2d8f42826fc46 63c5 4696 a95a eddb6268cf1756350ffa 1088 4c38 babb 703ed21a6d2e5e2222e4 ee3a 4d89 8349 7aeee35933147bf44e2f 1598 42f5 a350 46da1f766e03358cf784 03ba 4b60 b9c3 4ee1179323e76783569a 733f 431e a38d c5cca3e32d21b5f1ea39 f783 47a9 ad3c 867a2715adfdafc20457 61d7 4f50 a489 380cf06b9763

SUBANG, 16 Nov 18 –Majlis Penutup Sukan Bone of Contention (BOC) Pangkalan Udara Subang 2018 telah dilaksanakan bagi menandakan pertandingan BOC di antara Wisma Perwira, Wisma Bintara dan Wisma Ahli Udara pangkalan ini yang telah berlangsung dari 9 Nov 18 hingga 16 Nov 18 telah selesai bagi tahun ini. Pelbagai acara telah dipertandingkan pada kali ini dan keputusan pertandingan memihak kepada Wisma Bintara yang telah mendominasi hampir semua acara yang dipertandingkan.

Majlis penutup dan makan malam ini telah bermula dengan perarakan masuk wakil ahli ketiga-tiga wisma ke hadapan Wisma Bintara yang telah diiringi oleh paluan kompang dari Pasukan Kompang PU Subang dan disusuli dengan persembahan silat serta gimik 'semburan api' oleh ahli Wisma Bintara.

Komander Pangkalan, YBhg Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dalam ucapannya mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan untuk mengeratkan lagi silaturrahim serta semangat kesukanan di antara wisma.