Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.40WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.44WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.46WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.47WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.48WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.49WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.50WhatsApp Image 2018 11 19 at 18.28.51

 

BUTTERWORTH, 17 Nov 18 - Satu Taklimat Kebajikan TUDM dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM telah diadakan di Auditorium No 18 Skn. Taklimat tersebut disampaikan oleh PS2 Kebajikan MTU Tadbir Cawangan Perkhidmatan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM dan Pengarah JHEV Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohammad Rozali bin Abd Rahman TUDM.

Turut hadir wakil Pengerusi BAKAT PU Butterworth iaitu Puan Ropikatul Mardziah binti MD Yasin dan Ketua BIRO Kebajikan Puan Normala binti Yatin bersama 166 ahli BAKAT serta anggota Pangkalan.

Tujuan utama taklimat ini adalah memberi pendedahan bantuan kebajikan kepada anggota TUDM dan waris serta mengenal pasti peranan dan fungsi JHEV ATM bagi mengenali jenis-jenis bantuan yang disalurkan kepada Veteran ATM

Turut diadakan lawatan kebajikan ke rumah anggota iaitu Mej Mohd Rashidi bin Mansor TUDM dari No. 3 Skn, PW U II Mohamad Akhir bin Mansor dari PLKN Sri Kandi, F/Sjn Mohd Faizal bin Saleh dari No. 3 Skn dan F/Sjn Azizan bin Che Daud dari No. 3 Skn. Semoga usaha murni yang telah dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.