Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

10IMG 20181030 124544IMG 20181030 124755SHA 0675SHA 0774SHA 0835

KUALA LUMPUR, 9 Nov 18 - Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah menganjurkan Karnival Sukan yang mempertandingkan sebanyak tiga jenis sukan antaranya Bola Tampar, Ping Pong dan Bola Sepak.

Sebanyak enam pasukan telah bertanding merebut kejuaraan yang terdiri daripada kumpulan Hercules, Allouette, Blackhawk, Nuri, Beechcraft dan Falcon yang merupakan gabungan unit/cawang serta unit lodger yang terdapat dalam PU Kuala Lumpur.

Karnival yang bermula pada 25 Okt 18 telah diakhiri dengan perlawanan bola sepak menyaksikan pasukan pasukan Allouette dinobatkan sebagai juara pertandingan ini. Manakala bagi acara Ping Pong dimonopoli oleh pasukan Blackhawk dan pasukan Nuri dinobatkan sebagai juara bagi sukan bola tampar.

Komander Pangkalan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM hadir menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan merasmikan penutupan karnival sukan pada kali ini. Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, seluruh warga pangkalan haruslah menitikberatkan aktiviti sukan supaya dapat menjaga kesihatan. Selain itu, aktiviti sukan perlu menjadi rutin aktiviti mingguan setiap unit/cawang agar dapat memupuk gaya hidup sihat.