GONG KEDAK, 22 Nov 18 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM telah mengadakan lawatan kerja dan pemeriksaan ke Pangkalan Udara Gong Kedak bermula pada 19 hingga 22 Nov 18. Ketibaan beliau telah disambut oleh Pemangku Komander Pangkalan, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM serta Pegawai Eksekutif Pangkalan.
Dalam rangka lawatan, beliau dan rombongan dibawa melawat ke Skuadron 321, Pusat Simulator Pesawat Sukhoi SU-30MKM dan Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC). Beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama anggota pangkalan semasa sesi dialog yang diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak sebelum bergerak ke Markas No 11 Skuadron untuk sesi taklimat hasil dari pemeriksaan yang dijalankan di sini.