Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

PhotoGrid 1542886189982

KOTA SAMARAHAN, 22 Nov 18 - Pejabat Agama Skn 330, CRC Kota Samarahan telah mengendalikan Kursus Pendidikan Islam dan Fardhu Ain (PIFA) Tahap 2 yang terdiri daripada 43 anggota lain-lain pangkat daripada Pangkalan Udara Kuching dan Skn 330. Kursus PIFA siri ini telah dijalankan selama 3 hari bermula daripada 19 sehingga 22 Nov 18 di Masjid Al-Muhaimin, Skn 330, CRC Kota Samarahan.

Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuhkan dan menjayakan dasar pembinaan mental dan kerohanian Islam ATM serta melahirkan warga ATM yang beriman melalui Pendidikan Islam yang dilaksanakan secara formal. Selain itu juga, ia memberi kefahaman yang jelas kepada anggota Muslim mengenai kaedah-kaedah amalan dan pelaksanaan ibadat yang betul serta meningkatkan pengetahuan ilmu Fardhu Ain di kalangan anggota yang beragama Islam dan melayakkan anggota itu untuk dinaikkan pangkat.

Majlis Penutup Kursus PIFA ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Skn 330, Lt Kol Roslee Bin Shukor TUDM dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat.