Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

ANAK FSJN AZIZAN BWTHANAK FSJN FAIZAL BWTHANAK FSJN RIZAL KTUANAK MEJ SAIZUL KTUANAK SJN KHAIRUL INSKEPANAK SJN SUHAIDY KTUISTERI PW AKHIR BWTHISTERI SJ FARIHI REJIMENMEJ MEGAT IPOHLT KOL ZAINAL MAWILUD 1MEJ RASHIDI BWTHSUAMI ARWAH FSJN SUHAILA KUCH

 

MINDEF, 26 Nov 18 - Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan telah menyelaraskan beberapa sesi lawatan kebajikan sepanjang bulan Nov 18 kepada pesakit kronik dan anak istimewa terlantar yang berada di bawah tanggungjawab MAWILUD 1, PU Butterworth, PU Kuching, Rejimen TUDM Jugra, Kolej Tentera Udara, ATU Ipoh dan INSKEP.

Lawatan kebajikan pesakit ATU Ipoh telah disempurnakan oleh AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM. Lawatan kebajikan kepada pesakit MAWILUD 1, Rejimen TUDM Jugra, INSKEP dan PU Kuching pula telah dilaksanakan oleh Kol Khair bin Shaari TUDM, Pengarah Perkhidmatan mewakili AKS Tadbir. Manakala lawatan kebajikan pesakit PU Butterworth dan Kolej Tentera Udara telah dilaksanakan oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM mewakili AKS Tadbir dan Pengarah Perkhidmatan.

Semua pesakit menerima sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (KSSKA) dalam bentuk barang makanan, lampin pakai buang dan susu khas.

Senarai pesakit yang telah dilawati bagi setiap Markas/Pangkalan/Unit yang terlibat adalah seperti berikut:

MAWILUD 1:

1. Lt Kol Zainal Abidin bin Mohd Taib TUDM yang menghidap ketumbuhan otak dan telah menjalani beberapa siri pembedahan di bahagian kepala. Pegawai kanan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pangkalan Udara Butterworth:

1. Mej Rashidi bin Mansor TUDM (Juruterbang 3 Skn) yang menghidap penyakit stroke (terlantar) dan kini dalam jagaan isteri di rumah keluarga di Sungai Petani, Kedah. Lawatan disertai oleh Pegawai BAKAT, Ketua Biro Kebajikan dan ahli-ahli BAKAT PU Butterworth.

2. Puan Shafinah binti Saad, penghidap penyakit jantung dan stroke yang kini dalam jagaan keluarga di rumah di Pendang, Kedah. Puan Shafinah ialah isteri kepada PW U II Mohamad Akhir bin Mansor (PLKN Seri Kandi - tumpangan tetap PU Butterworth). Lawatan disertai oleh Pegawai BAKAT, Ketua Biro Kebajikan dan ahli-ahli BAKAT PU Butterworth.

3. Adik Fatin Adriana binti Md Faizal, penghidap Wolf Hirscchorn Syndrome (terlantar). Adik Fatin Adriana merupakan anak kepada FSjn Md Faizal bin Saleh (3 Skn) yang menetap di RKAT TUDM Seri Bayu, Butterworth. Lawatan disertai oleh Pegawai BAKAT, Ketua Biro Kebajikan dan ahli-ahli BAKAT PU Butterworth.

4. Adik Izham bin Azizan, penghidap Cerebral Palsy dan Global Developmental Delay (terlantar) yang kini dalam jagaan keluarga di rumah keluarga di Sg Petani, Kedah. Adik Izham merupakan anak kepada FSjn Azizan bin Che Daud (3 Skn). Lawatan disertai oleh Pegawai BAKAT, Ketua Biro Kebajikan dan ahli-ahli BAKAT PU Butterworth.

Pangkalan Udara Kuching:

1. Allahyarhamah FSjn (W) Suhaila binti Pathil (1 Skn) semasa Allahyarhamah sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya sebelum meninggal dunia pada 6 Nov 18 akibat kanser pankreas. Allahyarhamah merupakan isteri kepada FSjn Hamidin bin Mat Nadzar (7 Skn).

Rejimen TUDM Jugra:

1. Puan Huzaifah binti Kamaluddin yang menghidap kanser payudara tahap 4 dan menerima rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Puan Huzaifah merupakan isteri kepada Sjn U Mohd Farihi bin Kamaruddin (PASKAU).

Kolej Tentera Udara:

1. Adik Alfiy Nazzin bin Saizulazmil yang menghidap Congenital Hydrocephalus. Adik Alfiy Nazzin anak kepada Mej Saizulazmil bin Abd Manan TUDM (INSPEN 1) yang menetap di RKAT pegawai KTU. Lawatan turut disertai oleh Penolong Pegawai BAKAT dan ahli-ahli BAKAT KTU.

2. Adik Nur Amirah Zulaikha binti Rizal yang mengalami masalah jantung "Tetralogy of Fallot" dan otak bahagian tengah kecil. Adik Nur Amirah Zulaikha merupakan anak kepada FSjn Rizal bin Dan (Cawang Kejuruteraan). Lawatan dilakukan di rumah keluarga anggota di Pendang, Kedah yang turut disertai oleh Penolong Pegawai BAKAT dan ahli-ahli BAKAT KTU.

3. Adik Ameera Safiyya bin Suhaidy, penghidap Spastic Quadriplegic Cerebral Palsy dan Hip Dislocate. Adik Ameera Safiyya merupakan anak kepada Sjn U Suhaidy bin Saleh (Cawang Kejuruteraan). Lawatan dilakukan di kediaman anggota di RKAT Kem Kelubi, Kedah yang turut disertai oleh Penolong Pegawai BAKAT dan ahli-ahli BAKAT KTU.

ATU Ipoh:

1. Mej Megat Mohd Azly bin Megat Zulkipli TUDM (Materiel) yang menghidap penyakit Chronic Ulcer Over Gluteal Second Degree Fistula in Ano. Pegawai sedang bercuti sakit di rumah di Kuala Kangsar, Perak. Lawatan turut disertai oleh Komandan dan pegawai-pegawai ATU Ipoh.

INSKEP:

1. Adik Muhammad Zikri Hakimi bin Khairulnizam yang menghidap Cerebral Palsy (terlantar). Adik Muhammad Zikri Hakimi ialah anak kepada Sjn U Khairulnizam bin Che Man (Provos) yang tinggal di Pendang, Kedah. Lawatan turut disertai oleh Pegawai Memerintah INSKEP.

Sel Kebajikan komited menguruskan bantuan kebajikan kepada semua warga TUDM mengikut kelayakan yang telah ditetapkan dan akan terus bekerjasama dengan pihak Markas/Pangkalan/Unit demi kepentingan kebajikan warga TUDM.