Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

TAKLIMAT 2 INSTARTAKLIMAT 2 MATRA 2TAKLIMAT 2 REJIMENTAKLIMAT INSTARTAKLIMAT MATRA 2

 

KUALA LUMPUR, 26 Nov 18 - Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan dan Sel Pendidikan dengan kerjasama Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju dan Subang Perdana telah melaksanakan 3 sesi gabungan taklimat kebajikan sepanjang tahun 2018 di Rejimen TUDM, MATRA 2 dan INSTAR, PU Subang. Objektif taklimat ialah berkongsi maklumat kelayakan bantuan kebajikan dan pendidikan yang ditawarkan samada di peringkat TUDM, ATM dan bantuan kebajikan dari Koperasi Tentera untuk dimanfaatkan oleh anggota TUDM dan waris.


Sesi pertama taklimat telah diadakan kepada penuntut kursus di INSTAR. Taklimat telah disampaikan oleh Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, PS 2 Kebajikan, Mej Erina Tricia Gregory, PS 2 Pendidikan bersama Cik Nurul Huda binti Ab Maulod dan Cik Andrita binti Kassim dari Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju. Sesi kedua taklimat telah diadakan kepada warga MATRA 2, PU Subang. Taklimat telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan bersama Mej Norhayati binti Hamzah, Pegawai Pendidikan Pangkalan dan pegawai-pegawai Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju. Sesi ketiga taklimat telah diadakan kepada warga Rejimen TUDM. Taklimat telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan bersama Mej Hamka bin Harith, Pegawai Pendidikan PU Kuantan, Encik Azahari bin Ishak dari Koperasi Tentera Cawangan Subang Perdana dan Encik Mohd Nazri bin Mohd Roni dari Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju. Program ini akan diperluas kepada markas/pangkalan/unit TUDM yang lain pada masa hadapan demi memastikan kelangsungan perkongsian maklumat kebajikan terus berjalan demi kepentingan kebajikan warga TUDM.