Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

TAKLIMAT BWTHTAKLIMAT INSKEPTAKLIMAT KTU

 

KUALA LUMPUR, 26 Nov 18 - Markas Tentera Udara - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah berjaya melaksanakan 4 sesi gabungan taklimat kebajikan sepanjang tahun 2018 kepada ahli-ahli BAKAT di Pangkalan Udara Butterworth, Kolej Tentera Udara, INSKEP dan INSMAT.


Objektif taklimat ialah berkongsi maklumat kelayakan bantuan kebajikan yang dapat dimanfaatkan oleh ahli BAKAT dan keluarga semasa suami masih dalam perkhidmatan dan selepas menamatkan perkhidmatan. Taklimat pertama kepada ahli BAKAT INSMAT telah disampaikan oleh Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, PS 2 Kebajikan dan Mej Abdul Rahim bin Musa, Penolong Pengarah 1, Bahagian Pencen, JHEV ATM. Seterusnya taklimat kepada ahli BAKAT KTU pula telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan dengan kerjasama Lt Muhamad Nasrul Syafiq bin Zulkifli TUDM, Penolong Pengarah JHEV Perlis/Kedah/Pulau Pinang.


Sesi taklimat terakhir kepada ahli BAKAT INSKEP dan Pangkalan Udara Butterworth telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan dengan bantuan Mej Mohd Rozali bin Abd Rahman TUDM, Pengarah JHEV Perlis/Kedah/Pulau Pinang. Program kerjasama antara Sel Kebajikan TUDM dan JHEV ini akan dirancang untuk dilaksanakan kepada ahli-ahli BAKAT markas/pangkalan/unit TUDM yang lain pada masa hadapan sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman ahli-ahli BAKAT berkaitan bantuan kebajikan.