Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0044DSC 0057DSC 0061DSC 0063DSC 0064DSC 0070DSC 0079DSC 0080DSC 0121DSC 0127DSC 0141DSC 0145

 

SUBANG, 29 Nov 18 – Cawang Tadbir telah mengadakan lawatan ke Rumah Kebajikan Al-Ikhlas , Puchong Perdana, Selangor yang melibatkan seramai 32 peserta Summer Camp PU Subang 2018 dan ditemani oleh 15 jurulatih yang terdiri daripada staf-staf. Tujuan lawatan ini diadakan bagi meningkatkan sifat kesedaran, kasih sayang dan tanggungjawab peserta kepada ibu bapa dan menghormati orang yang lebih tua.


Berlanjutan dengan lawatan ini, satu aktiviti Jiwa Murni telah diadakan di lokasi tersebut bagi mendedahkan para peserta kepada satu program amal. Para peserta bersama jurulatih yang terlibat telah melakukan aktiviti pembersihan kawasan di rumah kebajikan, selain membantu mengecat kembali bahagian rumah yang telah usang warnanya.


Selain itu, satu sumbangan daripada PU Subang berbentuk lampin pakai buang dan barang keperluan harian juga telah disumbangkan kepada pihak pengurusan Rumah Kebajikan Al-Ikhlas bagi kegunaan penghuni-penghuni di sana.
Pihak pengurusan Rumah Kebajikan Al-Ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas lawatan dan program amal yang telah diadakan di sana dan mengharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.