Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

13456789101112

 

SUBANG, 29 Nov 18 – Cawang Tadbir PU Subang telah mengkoordinasikan Program Summer Camp yang melibatkan anak-anak pegawai, anggota LLP dan Tadbir Awam PU Subang yang berumur 12 hingga 16 tahun pada 26 hingga 29 Nov 18. Program yang diadakan di kawasan persekitaran Dewan Ababil PU Subang ini merupakan tapak Summer Camp yang melibatkan seramai 32 peserta dan 22 jurulatih yang terdiri daripada staf-staf Cawang Tadbir PU Subang serta agensi-agensi luar lain. Majlis pembukaan program ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawang Tadbir PU Subang, Lt Kol Amrul bin Yacob bertempat di Dewan Ababil.


Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam program Summer Camp PU Subang 2018 adalah :
1) Ice Breaking – Pejabat Pelajaran PU Subang.
2) Kelas Masak Rangsum Tempur – Skn 208 Provos.
3) Kelas Pemasangan Khemah – 208 Provos.
4) Kelas Ikatan dan Jerat – Skn 208 Provos.
5) Aktiviti Kerohanian – Pejabat Agama PU Subang.
6) Latihan Dalam Kumpulan – Pejabat Pelajaran PU Subang.
7) Tempur Tanpa Senjata – Skn 208 Provos.
8) Explorace di Taman Botani (Shah Alam) – Pejabat Jasmani PU Subang.
9) Latihan Tali Tinggi di Taman Sukan Lasak (Shah Alam) – Pejabat Jasmani PU Subang.
10) Ceramah Motivasi – Amiza & Global Resources.
11) Lawatan ke Rumah Kebajikan Al-ikhlas (Puchong Perdana)- Pejabat Latih PU Subang.
12) Jiwa Murni di Rumah Kebajikan Al-Ikhlas (Puchong Perdana) - Pejabat Latih PU Subang.


Majlis penutup Program Summer Camp PU Subang ini telah diadakan pada malam 29 Nov 18 dan telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong Bin Abdullah TUDM. Turut hadir dimajlis ini adalah pegawai-pegawai kanan Pangkalan dan semua ibu/bapa peserta program.