Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1855DSC 1862DSC 1863DSC 1864DSC 1865DSC 1866DSC 1871DSC 1877DSC 1879DSC 1887DSC 3750DSC 3753

 

GONG KEDAK, 30 Nov 18 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Latihan Kemalangan Pesawat di Luar Pangkalan (PAP OFF BASE) bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri, Jerteh Terengganu. Simulasi kemalangan bermula pada jam 0707H melibatkan pesawat EC725 dari No 10 Skuadron Detachment SAR yang mengalami masalah Cable Main Gear Box Fire ketika berlepas dari PU Gong Kedak. Pesawat tidak dapat dikawal dan terpaksa membuat simulasi pendaratan kecemasan di atas padang sekolah.


Latihan tersebut turut melibatkan pasukan ‘Quick Response Force’ QRF dari Skuadron Provos, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) serta Pasukan Bomba Pangkalan. Pasukan Penilai yang di ketuai oleh Mej Nor Qhaireel Izzuan bin Mohd Noor TUDM bersama Pegawai Keselamatan Pangkalan telah memastikan semua prosedur yang dilaksanakan mengikut ‘check list’yang telah ditetapkan .


Tujuan utama latihan ini diadakan adalah bagi memastikan kesiagaan serta tindakan pantas yang perlu diambil oleh semua pihak sekiranya kemalangan pesawat benar-benar berlaku serta mengenal pasti dan menambah baik operasi menyelamat mangsa.