Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3731DSC 3734DSC 3738DSC 3740DSC 3743

 

GONG KEDAK, 29 Nov 18 – Pejabat Agama Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Ceramah Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1440H/2018M peringkat Pangkalan bertempat di Masjid Ar-Raudhah Pangkalan. Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Wan Zainal Abidin bin Wan Yaacob TUDM, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota lain-lain pangkat serta penduduk sekitar Beris Pak Abu.


Ceramah Sempena Maulidul Rasul 1440H/2018M telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hj Mokhtar bin Hj Yaacob dari Pegawai hal Ehwal Islam dan Ketua Unit Komuniti FELDA Kelantan. Selesai ceramah tersebut turut diserikan dengan upacara penyampaian Zakat ATM kepada saudara baru iaitu Lt Nur Mysha Ravindran binti Abdullah TUDM dari Skuadron Bantuan Operasi.