Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

70d4c82a d07a 4130 86fe 7239aac96bbc78c2afee e140 43ac bf8b e75dc3ffd3aa973ae17d 6463 4c41 a597 73c8ae3e06bf2cc7f915 8f00 47f2 b595 7d7a59a99f065b914c2e 538f 4ab7 8b3b 10580263b161

JOHOR BHARU, 4 Dis 18 – AKS Tadbir, Brig Jen Dato' Ahmad bin Abd Rahman TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah menziarahi LU II Abdul Halim bin Suhaimi dari Rejimen TUDM yang sedang bercuti sakit di rumah keluarga di Muar. Anggota mengalami kecederaan buta mata kanan dan dirusuk akibat kemalangan jalan raya.

Seterusnya, AKS Tadbir juga turut melakukan lawatan kebajikan kepada Kpl U Afiq bin Baharudin dari Pusat Operasi Tentera Udara (POTU) yang sedang menerima rawatan di Hospital Batu Pahat akibat kemalangan jalan raya.

Dalam lawatan ini, AKS Tadbir telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) kepada kedua-dua anggota terbabit.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengarah Perkhidmatan, Kol Mohd Khair bin Shaari TUDM, pegawai-pegawai dan staf dari Markas Tentera Udara serta Markas Wilayah Udara 1.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga kedua-dua anggota cepat sembuh.