Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20181205 WA0123

BUTTERWORTH, 3 Dis 18 - Satu lawatan kebajikan telah dilakukan oleh Pegawai Memerintah Pusat Simulator Pejuang (PSP), Mej Hairul Zaimy bin Ibrahim bersama Pegawai BAKAT PSP, FSjn Muhamad Azrizal bin Mohd Yunus ke rumah keluarga PW U I Zulkifli bin Ahmad di RKAT TUDM Seri Bayu, Butterworth.

Tujuan utama lawatan ini adalah mewakili Komander Pangkalan Udara Butterworth menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) kepada anak anggota, Adik Lukman Hakim yang menghidap Cerebral Palsy. Bantuan yang disampaikan berupa susu pek untuk kegunaan harian Adik Lukman Hakim.

Sebelum ini pihak pangkalan melalui kerjasama BAKAT dan 816 RSAT telah membantu adik Lukman Hakim mendapatkan sumbangan kerusi roda dari Markas Angkatan Tentera - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan.

Semoga usaha murni yang telah dijalankan dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita agar lebih peka terhadap kebajikan semua lapisan anggota dan masyarakat.