Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 4520

KUCHING, 4 Dis 18 – Perbarisan Bulanan Pegawai Waran Pangkalan kali yang kedua telah diadakan di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara Kuching diketuai oleh PW U II Hamzah bin Latip serta 119 anggota lain-lain pangkat.

Di dalam perbarisan tersebut Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Azham bin Zahari telah menyampaikan amanat dan nasihat kepada anggota supaya menjaga displin dan mematuhi arahan semasa daripada pihak atasan serta mempertingkatkan pengetahuan kerja masing-masing.

Beliau juga turut mengingatkan berkenaan Direktif Panglima Tentera Udara No 9 iaitu Program Orientasi anggota yang baru bertukar masuk ke unit agar semua pihak tidak melanggar peraturan tersebut dan Direktif No 15 iaitu garis panduan media sosial dalam TUDM. Beliau menekankan agar semua anggota sentiasa mematuhi arahan tersebut agar berhati-hati supaya maklumat sensitif tidak disebarkan sewenang-wenangnya. Selain itu tatacara pemakaian anggota dengan meyilang /menggalas beg semasa beruniform serta pemakaian PT yang tidak kemas perlu diberi dielakkan.

Di akhir ucapan beliau turut berpesan kepada anggota muslim yang tinggal di blok bujang serta kuarters supaya bersama-sama hadir untuk mengimarahkan surau.