Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

53IMG 7746IMG 7750IMG 7754IMG 7755IMG 7759IMG 7760

SUBANG, 6 Dis 18 - Masjid Pangkalan Udara Subang dengan usaha sama Pejabat Agama Pangkalan telah melaksanakan Program ‘Super Aulad Wal Banat’ yang melibatkan anak-anak pegawai, anggota LLP, Tadbir Awam dan warga kariah PU Subang yang berumur 11 hingga 15 tahun pada 4 hingga 6 Dis 18.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada 68 lelaki dan 32 perempuan melibatkan diri dalam program ini yang berkampung di Masjid PU Subang selama 3 hari 2 malam. Program ini merupakan satu pendekatan dalam membentuk para peserta mempraktikkan amalan ibadah harian dengan betul selain hafazan dan melatih confidence level peserta terhadap audience ketika bercakap. Bagi memberikan impak yang lebih baik, Moderator Pencetus Ummah, Mohd Hafidz bin Mohd Zawawi telah dijemput dan dibantu oleh khas sebagai tenaga pengajar dan turut dibantu oleh pegawai dan anggota KAGAT Pejabat Agama PU Subang.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah:

1. Praktikal wudhu biasa dan pesakit .
2. Kaedah bertayammum.
3. Praktikal Solat berjemaah, masbuq, muwafiq, solat pesakit dan solat jenazah.
4. Hafazan solat dan surah Al-Quran.
5. Public Speaking.
6. Qiamullail.

Majlis penutup Program Super Aulad Wal Banat ini telah disempurnakan oleh wakil Komander Pangkalan, Mej Hj Razailan @ Mohd Firdaus bin Rhani, Pegawai Agama Kanan PU Subang.

<