Kemaskini Terakhir: Rabu,19 Dis 2018
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

SHA 3147SHA 3162SHA 3174SHA 3205SHA 3206SHA 3229

KUALA LUMPUR, 6 Dis 18 - PU Kuala Lumpur telah menerima lawatan pemeriksaan daripada Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM yang dijalankan selama dua hari bermula 5 hingga 6 Dis 18 melibatkan semua unit dan cawang di dalam PU Kuala Lumpur.

Komander Pangkalan, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM bersama pegawai-pegawai eksekutif pangkalan telah menyambut kedatangan beliau dan rombongan di Markas Pangkalan.

Dalam sesi lawatan ini, beliau turut mengadakan sesi dialog bersama anggota lain-lain pangkat yang hadir bagi memberikan beberapa input untuk menyuntik semangat kepada anggota untuk bekerja dengan lebih efektif dan kemas.

Hasil daripada pemeriksaan, PU Kuala Lumpur telah dikategorikan dalam pencapaian 'BAIK' bagi keseluruhan unit dan cawang PU Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan.