Kemaskini Terakhir: Selasa,18 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 

IMG 4276.JPGIMG 4287.JPGIMG 4297.JPGIMG 4312.JPG

LABUAN, 3 Dis 18 - Perbarisan Pegawai Memerintah No 6 Skuadron tterdiri daripada 15 pegawai dan 93 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mej Aizzam bin Shaari TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Nur Farizal bin Mohd Farid telah diadakan bertempat di hangar Skuadron.


Dalam perbarisan tersebut, Pegawai Memerintah No 6 Skn, Mej Mohamad Syagol bin Abd Hamid TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada anggota Lain-lain Pangkat iaitu LUK Ragunathan A/L Muniandy.


Semasa ucapan, Pegawai Memerintah No 6 Skuadron, beliau mengucapkan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat serta berpesan agar terus cemerlang dalam melaksanakan tugas seiring dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Selain itu juga, beliau tutut menekankan aspek disiplin dan tatatertib para pegawai dan anggota agar sentiasa di tahap yang tinggi serta meletakkan kesetiaan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) khasnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya.


Turut hadir dalam Perbarisan Pegawai Memerintah No 6 Skuadron, Pegawai Laksana No 6 Skn, Mej Nazrul Hafiz TUDM, Ketua Bahagian Kejuruteraan, Mej Mohd Hafifi bin Ismail TUDM, pegawai-pegawai dan anggota LLP No 6 Skuadron.