Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 3814IMG 3860IMG 3877IMG 3888IMG 20181207 083439

 

LABUAN, 7 Nov 18 – Majlis Kesyukuran anjuran MAWILUD 2 telah diadakan di Surau Al-Falah, Kompleks TUDM Bukit Kubong. Majlis ini telah dimulakan dengan ibadah solat sunat syukur secara berjemaah diikuti dengan tahlil ringkas.


Majlis ini diteruskan lagi dengan sesi penyerahan sijil penghargaan kepada anggota TUDM yang telah dinobatkan sebagai Wira Penyelamat pada baru-baru ini iaitu Sjn U Mohd Helmi bin Abdul Razak. Semangat keperwiraan yang ditampilkan oleh anggota tersebut semasa menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas wajar dicontohi oleh warga TUDM, khususnya warga MAWILUD 2.


Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir warga MAWILUD 2 untuk mereka yang lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember.