Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3722DSC 3743DSC 3747

 

GONG KEDAK, 7 Dis 18 - Perhimpunan Bulanan Pegawai Waran Pangkalan telah diadakan di Dewan Puteri Pangkalan Udara Gong Kedak. Perhimpunan di hadiri 336 anggota lain-lain pangkat yang diketuai, PW U I Badrul Hisyam bin Yeob.


Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Hisham bin Sudin dalam ucapan beliau mengingatkan berkenaan pengarahan direktif-direktif dari pucuk pimpinan Panglima Tentera Udara yang perlu dipatuhi oleh semua peringkat anggota antaranya:

1. Direktif No 5 Penyalahgunaan Dadah merbahaya dan Direktif 5A Penyalahan Daun Ketum.
2. Direktif No 7 Kawasan Larangan ATM.
3. Direktif No 9 Program Induksi/Orientasi yang baru bertukar masuk ke unit.
4. Direktif No15 Garis Panduan Kawalan Pengunaan Media Sosial dalam TUDM.

Selain itu juga, beliau menyentuh berkenaan tatacara pemakaian anggota semasa dalam tugas dengan menyilang/mengalas beg semasa berpakaian beruniform dan menasihati kepada anggota supaya meningkatkan mutu disiplin setiap anggota serta mematuhi arahan semasa daripada pihak atasan.