Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9246DSC 9287DSC 9312DSC 9329DSC 9421DSC 9443

 

KUALA LUMPUR, 7 Dis 18 - Penutup Karnival Sukan MAWILUD 1 tahun 2018 telah berlangsung di perkarangan padang kawad Markas yang dirasmikan oleh PANGWILUD 1, Mej Jen Datuk Hj Romlee bin Yahaya TUDM.


Karnival Sukan MAWILUD 1 yang bermula secara rasminya pada februari 2018 telah melibatkan 8 acara sukan iaitu Bola Tampar, Pentanque, Futsal, Sepak Takraw, Badminton, Ping Pong, Bola Sepak dan Road Relay. Acara akhir bagi penutup karnival ini adalah sukan Road Relay yang menyaksikan pasukan Airbus berjaya menamatkan larian ditempat yang pertama. Juara keseluruhan Karnival Sukan MAWILUD 1 pada tahun ini juga telah disandang oleh pasukan Airbus manakala naib juara pula adalah dari pasukan Sukhoi. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan ucapan oleh PANGWILUD 1.